Want your
own Fotopage?






 
sdar 948 SDAR 9498 SDARIANS 948 Fivers 1998 SDARA 94'8 94-98, SDAR948
SDAR948 / sdar948
By: berilmu untuk berjasa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 17-Mar-2011 01:50 Email | Share | Bookmark
Keburukan Skim Simpanan Pendidikan Nasional @SSPN untuk anak aku

Berbanding menyediakan tabung pendidikan anak-anak menggunakan instrumen pelaburan hartanah. Tetapi, satu kelemahan jika menggunakan kaedah tersebut adalah, ianya sukar untuk di”cairkan” atau senang kata.. susah nak tukarkan ia kepada “duit cash secara underspot”. Ini kerana, proses penjualan hartanah selalunya mengambil masa antara 2-3 bulan untuk selesai. Dan kadangkala, ianya juga mengambil masa antara 2-3 tahun untuk anda mendapatkan pembeli yang “sesuai” untuk membeli hartanah anda.

Oleh itu, beberapa alternatif lain perlu diambil kira sebagai Plan B. Setelah meng”usha” beberapa instrumen kewangan untuk tujuan tabung pendidikan anak-anak, saya agak tertarik dengan skim simpanan SSPN yang ditwarkan oleh pihak kerajaan.

Oleh itu, pada bulan lepas, sempena ulangtahun kelahiran anak saya, saya telah pergi ke bank dan membuka akaun SSPN untuknya. Tujuannya.. tidak lain tidak bukan, adalah untuk menyediakan “tabung pendidikan untuk anak” pada masa hadapan.

Ok! ok!.. saya tahu.. mungkin ada yang tidak bersetuju dengan simpanan di SSPN ini. Maklumlah, mereka kata, SSPN ini hanya mengkayakan kerajaan sahaja (err… apa salahnya?).. dividen pun sikit je!.. baik labur dalam unit trust! ( are u sure?).

He! he!.. ok.. ok!.. dalam post ini.. saya akan kongsikan dengan anda mengapa saya memilih SSPN?

1) Mudah Tunai

Maksudnya, dengan hanya mengisi borang sahaja, anda sudah boleh “cash” kan simpanan anda. Tidak perlu bersusah payah menunggu berbulan-bulan atau bertahun-tahun sepertimana yang perlu anda hadapi jika cuba menjual hartanah anda.

2) Potongan Cukai

Bagi mereka yang “tidak layak” untuk membayar cukai, mungkin kelebihan ini tidak langsung memberikan apa-apa kesan. Tetapi bagi mereka yang “layak” membayar cukai, pengecualian potongan cukai sebanyak RM3,000 setahun kerana menyimpan di SSPN , adalah sesuatu yang memberangsangkan.

3) Perlindungan Insuran

Nampaknya, agen-agen insuran yang menjual polisi-polisi insuran untuk pendidikan perlu berkeja lebih keras lagi selepas ini. Ini kerana, PTPTN juga turut memberikan perlindungan insuran sebanyak RM50,000 kepada setiap pendeposit. Maksudnya, apabila anda sebagai bapa, telah membuat simpanan sebanyak RM1,000 (syarat untuk layak dapat perlindungan insuran) di SSPN, anda tidak perlu risau lagi tentang masa depan dan “tabung pendidikan” anak anda jika selepas itu, anda terpaksa berhijrah ke alam barzakh (pergh! ayat..). Ini kerana, apabila anda berhijrah ke alam barzakh, automatik, wang pampasan berjumlah sehingga RM50,000 akan di masukkan terus ke akaun SSPN anak anda.

4) Dijamin Kerajaan.

Walaupun saya tidak pasti sejauh mana boleh pakainya “jaminan” tersebut. Tapi, sekurang-kurangnya, ia memberikan sedikit kelegaan dan rasa selamat kepada saya.


5) Geran sepadan

Ini pula faedah yang akan diperolehi oleh ibu-bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,000 sebulan. Maksudnya, jika anda adalah seorang penarik beca yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan, dan anak anda adalah seorang pelajar yang cemerlang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT. Anda akan mendapat hadiah (geran) sebanyak Rm10,000 dari SSPN.

6) Boleh check akaun online

Ini adalah ciri yang paling saya suka. Serius!, ia memudahkan saya untuk memantau dan membuat perancangan tentang dana pendidikan anak-anak saya….. sehingga kini, saya masih ternanti-nanti, bilakah ASB dan Tabung Haji boleh buat checking secara online.

Saya kira, itulah antara ciri-ciri yang menarik perhatian saya tentang skim SSPN ini, kelebihan lain, anda boleh baca sendiri di web PTPTN.

Ok.. itu cerita mengenai kelebihan SSPN.. Kekurangan ia pula?… (setiap perkara mesti ada kelebihan dan kekurangan kan..)

1) Susah nak keluar.

Nampaknya, SSPN memang betul-betul “strict”kan simpanan ini khas untuk “tabung pendidikan anak-anak” anda… kalaulah anda terdesak sangat mahu membeli PS3 dan bercadang nak keluarkan wang simpanan SSPN anak anda.. memang tak dapat lah jawapnya. Ini kerana, setiap tahun, anda hanya boleh keluarkan wang dari SSPN sekali sahaja! dan had maksimun pengeluaran pula hanyalah RM500 sahaja ataupun 10% dari jumlah simpanan .

Kalau nak keluarkan wang tersebut 100%.. kena tunjuk surat tawaran masuk ke IPT atau surat berhenti sekolah atau.. sijil kematian (erk!).

2) Dividen Rendah

Jika hendak dibandingkan dengan unit trust, pelaburan saham dan pelaburan hartanah, susah semestinya, % dividen yang diberikan oleh SSPN adalah rendah… hanya sekitar 3-5% setahun. Tapi saya kira, ianya masih berbaloi.. jika kita melihat pada manfaat-manfaat yang diberikan diatas tadi.

Tips saya, apa yang saya lakukan, setiap tahun, saya hanya simpan RM3,000 sahaja di SSPN. Ianya sebenarnya hanyalah bertujuan untuk mendapatkan potongan cukai, dan saya kira, amaun sebanyak itu sudah memadai, ini kerana, selepas 18 tahun (umur anak masuk IPT), wang yang terkumpul akan berjumlah hampir RM60,000. Saya kira, jumlah itu sudah memadai untuk “Plan B” bagi tabung pendidikan anak saya. Diulangi.. Plan B.

Sedikit pengalaman saya membuka akaun SSPN untuk anak.

Saya telah membuka akaun SSPN di maybank, selepas sebulan, saya masih lagi tidak menerima “kad keahlian” dari SSPN. Then saya call SSPN.. permohonan saya masih dalam “proses”. (erk.. dah sebulan masih dalam proses?).

Selepas sebulan setengah… saya masih lagi tidak mendapat “kad keahlian” tersebut. Saya call SSPN lagi.. akaun sudah diaktifkan, tetapi kad dalam proses untuk penghantaran. Alhamdulilah, at least, akaun sudah diaktifkan.

Fikir positif… mungkin terlalu ramai orang yang membuka akaun dengan SSPN…

1. Soalan Lazim berkaitan Skim Simpanan Pendidikan Nasional part-1
2. Soalan Lazim berkaitan Skim Simpanan Pendidikan Nasional part-2

kembali ke laman 'isu-isu semasa sdar 948'

kembali ke laman utama sdar 948


Tentang mudah tunai tu.. mmg mudah nak cash, tetapi kita tak boleh withdraw semua duit di sspn tu. Cuma beberapa persen jer boleh withdraw... Mon 21-Mar-2011 02:29
Posted by:topoi
Mudah tunai.. tapi, 'susah nak keluar'??? bunyi macam bengong jek

yela topoi..kan dah dijelaskan boleh withdraw rm500 atau 10% drp jumlah simpanan je..

Tp tak silap aku laa….untuk insuran tu berkonsepkan “dollar to dollar” dan maksimum nilainya ialah RM50K, bukan nya kita simpan RM1K boleh dapat RM50K, tapi kalau simpan RM1k tu dapat insuran RM1K laa… kalau simpan RM60K …insuran tu RM50K sebab max adalah RM50K jee….minta diperbetulkan dengan kadar segera
Mon 21-Mar-2011 02:35
Posted by:SBL
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

setuju..simpanan untuk anak-anak amat penting untuk kehidupan generasi seterusnya

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Fri 15-Apr-2011 01:22
Posted by:socoi
Nak keluarkan duit sangat susah....
Proses yang makan masa berbulan- bulan...
Kalau nak bayar yuran untuk sem 1, maka, sem depan baru dapat duit itu..
Itupun x pastiiii....
Sangat menyesal simpan di sspn...
Wang yang disimpan di tabung haji lebih mudah dikeluarkan & dividen lebih tinggi...
Ini serius....
Mon 11-Jul-2011 12:43
Posted by: arissa
saya baru jer deposit sspn wat anak saya tapi saya cam keliru lepas fikir2 maybe simpan kat asb lagi berbaloi....... 0) Tue 17-Jan-2012 08:30
Posted by:selly
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

memang banyak keburukan sspn ni saudara-saudari sekalian... kelebihannya adalah;
1. boleh guna KWSP akaun no.2 untuk skim SSPN ni..
2. ada pengecualian cukai LHDN....

daripada duit KWSP akaun no.1 & 2 tu dok tak berkembang, elok lah kita buat pelaburan sikit...

20% daripada KWSP akaun no.1 boleh guna untuk unit trust (rujuk senarai di link kat bawah ni)...
http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2members&pg=bm_p2members_wdrawtype&ac=3419

KWSP akaun no.2 boleh guna untuk tujuan berikut;
1. Membayar pengajian pendidikan anak SSPN
2. Membayar untuk Insurans Penyakit Kritikal
3. Membayar kos Penyakit Krikital
4. Daftar Haji
rujuk link dibawah ni:
http://urusringgit.blogspot.com/

ASB pun bagus tapi takleh cedok duit KWSP malah pulangan pun tak banyak, sila rujuk senarai pulangan skim pelaburan dibawah:
1 Msian Building Society Bhd 66.19%
2 RHB Capital Bhd 44.57%
3 Msian Resources Corp Bhd 41.64%
4 WCT Bhd 18.71%
5 Media Prima Bhd 18.35%
lagi senarai :
http://www.wangcyber.com/forum/archive/t-41818.html

amaran : ASBI ialah Amanah Saham Bank Islam (bukan ASB ye kawan2...)

Wed 18-Jan-2012 07:03
Posted by:SBL
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LAGI SOAL JAWAB TENTANG SSPN
Tue 31-Jan-2012 08:44
Posted by:topoi  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

widgets01.bt.pidgintech.com