Want your
own Fotopage?






 
sdar 948 SDAR 9498 SDARIANS 948 Fivers 1998 SDARA 94'8 94-98, SDAR948
SDAR948 / sdar948
By: berilmu untuk berjasa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 20-May-2010 14:25 Email | Share | Bookmark
Jadual Imunisasi Bayi, Anak & Ibu Hamil - Dr.Madon

Imunisasi adalah usaha pencegahan penyakit berjangkit dengan menyuntikkan vaksin kepada anak sebelum dijangkiti. Anak yang diberi imunisasi akan terlindung dari jangkitan penyakit-penyakit sebagai berikut: TBC, Difteri, Tetanus, Pertusis, Polio, Campak dan Hepatitis B. Dengan imunisasi, anak akan terhindar dari penyakit-penyakit, terhindar dari cacat, misalnya lumpuh karena Polio, bahkan dapat terhindar dari kematian.

Jika dilengahkan pemberian imunisasi kepada anak, antibodi dalam badan mereka akan berkurang dengan cepat dan mungkin tiada langsung jika suntikan vaksin seterusnya tidak diberikan.

Hanya selepas jadual imunisasi dipenuhi, baru badan kanak-kanak dapat menghasilkan antibodi secukupnya untuk melawan serangan virus atau bakteria. Sebaliknya, jika suntikan vaksin kedua atau ketiga dilengahkan sehingga beberapa bulan, keseluruhan proses imunisasi bagi sesetengah penyakit mungkin perlu diulang kembali bagi mengelakkan si kecil mendapat jangkitan

1. manfaat dan tujuan imunisasi anak.
2. jenis-jenis imunisasi pada bayi dan anak serta jadual pemberiannya.
3. penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi
4. Kesan sampingan imunisasi
5. hal-hal yang penting diketahui oleh ibu-ibu mengenai imunisasi.
6. pentingnya imunisasi buat ibu hamil

1. manfaat dan tujuan imunisasi anak.

Imunisasi bermanfaat untuk memberikan kekebalan pada bayi dan anak sehingga tidak mudah dijangkiti penyakit:TBC, tetanus, difteri, pertusis (batuk rejan), polio, campak dan hepatitis

2. jenis-jenis imunisasi pada bayi dan anak serta jadual pemberiannya.





3. penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi

a) Tibi (batuk kering)
Menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain.

b) Difteria
Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru).

c) Pertusis (batuk kokol)
Ia akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak.

d) Tetanus (Kancing gigi)
Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi).

e) Haemophilus influenzae jenis (Hib)
Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis).

f) Hepatitis B
Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan.

g) Polio
Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki.

h) Campak
Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia).

i) Beguk
Virus ini menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis) dan boleh membawa kepada kemandulan.

j) Rubella
Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran dan penglihatan serta kerosakan hati. (terutamanya PDA patent ductus arteriosus hyperli)


4. Kesan sampingan imunisasi

Semua vaksin yang diberi adalah selamat dan berkesan selaras dengan cadangan World Health Organization (WHO). Kesan sampingan adalah ringan mempunyai batasannya sendiri. Ini termasuk demam, bengkak ringan dan sakit pada tempat yang disuntik. Jika ini berlaku, sila beri ubat (paracetamol).

Kesan sampingan yang serius adalah jarang berlaku. Segeralah berjumpa dengan doktor, jika berlaku keadaan berikut :
-Menangis berterusan, mengantuk, pucat, berlaku otot kecutan otot dalam tempoh 48 jam selepas suntikan
-Berlaku ruam panas, kesukaran bernafas dan mengantuk yang serius


5. hal-hal yang penting diketahui oleh ibu-ibu mengenai imunisasi.

Imunisasi yang diberikan pada ibu hamil adalah imunisasi TT (Tetanus Toksoid).
Bagi yang belum pernah mendapatkan vaksinasi TT, imunisasi TT pada ibu hamil diberikan sebanyak 2 kali dengan jarak waktu antara 2 pemberian tersebut minimal 1 bulan.
Jika sudah pernah mendapatkan vaksinasi TT, ibu hamil cukup diberikan vaksinasi TT 1 kali.
Berikan imunisasi segera setelah diketahui ibu tersebut hamil

6. pentingnya imunisasi buat ibu hamil

Ibu hamil perlu mendapatkan imunisasi agar bayi yang dikandungnya mempunyai kekebalan terhadap infeksi kuman tetanus.
Tetanus neonatorum adalah jangkitan oleh kuman tetanus yang biasanya terjadi pada waktu persalinan, akibat penggunaan alat penolong persalinan yang tidak disteril.
Tetanus neonatorum sangat berbahaya, dan merupakan salah satu penyebab utama kematian pada bayi baru lahir

kembali ke laman 'isu-isu semasa sdar 948'

kembali ke laman utama sdar 948


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net